UIA : Di mana bumi di pijak

Di mana bumi di pijak .... itulah sebaik baik ungkapan untuk diriku. Setelah baru bertapak mengabdikan khidmatku untuk UIA, memenuhi janjiku sewaktu di " interview" oleh mereka yang aku tak kenal waktu tuh...main hantam saja.....rupanya orang besar UIA. Nama satu universiti yang unik dan begitu berlainan berbanding yang lain. Melahirkan satu generasi yang mempunyai pemikiran kritis, pemikiran pemimpin. ramai yang masuk arena politik selepas keluar UIA. Tak kiralah samaada ke sebelah pembangkang atau sebelah pentadbir negara. Namun itulah keistimewaan UIA. 

Namun baru2 ini CEUPECS telah mengumumkan bahawa dan sesungguhnya UIA ini tidak layak untuk deberi taraf sebagai salah satu dari sayap kerajaan. Dan untuk itu mereka yang bekerja di bawah UIA tidak layak untuk menerima pencen, tapi mereka harus menerima skim tangga gaji kerajaan dan bukan swasta. Apakah itu satu keadilan? itu harus di fikir bersama....

Alasan kerana UIA di tubuhkan atas akta persyarikatan bukan lah satu alasan yang kukuh saya kira. Dengan skim yang di selia oleh JPA, semua kontrak bernaung di bawah MAMPU, presiden adalah dari JPA, yakni pemimpin besar dari kerajaan, namun semua itu masih tidak cukup untuk UIA  mengecapi ape yang akan di nikmati oleh kakitangan awam yang lain.

PENCEN!...mungkin pada ramai orang..ini adalah isu remeh...
"apelah sangat dengan pencen tuh, bukannya banyak pun"
" inilah orang yang berfikiran gomen nih, keje sikit tapi nak duit terus je sampai mati"
" ala kalau tak puas hati, kerja la tempat lain"

Ape yang kita lihat disini adalah hak pekerja UIA sebagai mereka yang bekerja di bawah skim tangga gaji kerajaaan. Apakah yang anda rasa bila jiran sebelah kanan anda bekerja kerajaan dan akan mendapat pencen dan di sebelah kanan anda pula berkerja swasta, tidak mempunyai pencen tapi mempunyai gaji yang dua kali ganda daripada anda (peratus kenaikan swasta sekita (5%-10%), tapi and mendapat gaji gred kerajaan tapi tidak ade pencen. sama-samalah kita renungkan.

Namun bagi ku, UIA inilah kehidupan ku, tak kiralah kerajaan menganak tirikan kewujudan UIA, tak kiralah pengurusan sendiri tidak ambil peduli akan masalah pekerja UIA, namun aku akan tetap berbakti kepada UIA kerana aku percaya UIA ini mampu melahirkan siswazah yang akan menjadi tunggak kemajuan agama, bangsa dan negara dan biarlah aku menjadi salah seorang yang pernah berusaha untuk melahirkan graduan itu....

Untuk pekerja UIA, bersabarlah dan ikhlas kita menjalankan tanggungjawab masing2..bekerja bukan dari golongan kerajaan dan ti dak akan menjadi seperti orang swasta yang mencari kemwahan sehingga lupa akan tanggungjawab kita bila kita menghadap ALLAH kelak.

   "Inilah dunia kita dan kita akan mengangkat martabat UIA bersama sama"

Ibn Faldan - UIA