Isu penggunaan nama ALLAH : ape yang KDN fikirkan?

Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melonggarkan pendirian dalam larangan penggunaan nama “Allah” bagi penerbitan-penerbitan agama selain Islam, walaupun dengan syarat-syarat yang tertentu, telah mengecewakan ramai pihak. PKPIM, YADIM, Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan juga Mufti Perak mengutuk keras akan tindakan KDN yang di lihat berlembut dalam soal agama lebih lebih lagi menjurus kepada serangan pemikiran terhadap akidah umat islam.

Terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam di Malaysia. Dr. Mohd Asri Zainal Abidin contohnya. Ust MAZA berpendapat bahawa penggunaan perkataan Allah di dalam ayat ini dibenarkan untuk digunakan sebagai menunjukkan bahawa Allah adalah Pencipta Agung. Islam tidak memandang kepada luaran sahaja tetapi kepada isi dalaman atau "substance"nya. Jika mereka mempercayai bahawa Allah adalah pencipta sesuatu padahal menyamakan Allah dengan manusia lain, mennganggap bahawa Allah mempunyai anak dan keturunan, maka ia tidak memenuhi makna TAUHID Allah.

Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar. Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
Beliau menegaskan konsep mempertahankan aqidah setiap umat islam di Malaysia adalah lebih penting daripada berdebat tentang boleh atau tidak kristian menggunakan perkataan "ALLAH".

Saya faham dan juga bersetuju dengan pendapat Dr. MAZA kerana tak kiralah nama ape yang orang kristian gunakan, jika aqidah umat islam di Malaysia sudah kukuh, maka peniruan orang kristian tidak berkesan sama sekali. Namun, ini akan berlaku jika pengukuhan aqidah umat islam benar benar berlaku di kalangan umat Islam di Malaysia. Ape yang kita lihat kini adalah suasana umat Islam yang ibarat buih yang hampir nak pecah. Dengan orang orang Islam di Malaysia yang semakin galak untuk meninggalkan segala suruhan agama dan perlaksanaan asas aturan agama Islam, begitu juga pihak pemerintah yang sibuk mengekalkan dan merebut kuasa antara satu sama lain , disamping sibuk mengumpul harta sebelum jatuh....kita boleh kaji aspek pengukuhan aqidah di kalangan umat Islam di Malaysia sebenarnya semakin sepi....

Sementelahan dengan itu, kita akan lihat kebingungan dari sudut akidah akan menjadi semakin ketara dengan Konsep "ALLAH" juga di pakai oleh orang Kristian. Jika kita lihat juga, jumlah keluarga yang menghantar anak anak kecil mereka ke Tadika Kelolaan bukan orang Islam/melayu semakin meningkat dan ini juga akan memburukkan aqidah orang Islam.
Itulah yang di khuatiri oleh sebahagian besar ulama di Malaysia. Dari segi bahasa sebenarnya yang menjadi isu besar dalam penggunaan nama ALLAH di kalangan orang Kristian.

Bagi saya, umat Islam di negara ini masih belum cukup kuat untuk membina perisai aqidah dalam konsep tuhan berlandaskan sebenar benar pengertian sehinggalah kita tidak terlalu ta`sub dengan mendahulukan perisai bangsa dan bahasa seperti mana yang berlaku sekarang ini.

Ibn Faldan