Terima Kasih duhai isteriku

Begitulah kisah si isteri. Begitu banyak pengorbanan yang dilakukan tanpa bebelan dari mulut manisnya. Ramadhan sudah berjalan, dan isteri ini sentiasa menjalankan tugas untuk menyediakan keperluan suami. Bangun lebih awal dari biasa untuk menyediakan ibadah sahur bagi suami. Walaupun ringkas, namun itu sudah lebih mencukupi , wahai isteri. Sibuk mengemas rumah sebelum masuk waktu subuh.

Walaupun seharian bekerja, kesibukan yang sama , malah lebih lagi, namun si isteri tetap sanggup memasak untuk juadah berbuka suami. Sanggup mengikut kata suami, seboleh bolehnya tidak mahu pergi ke bazaar ramadhan kerana nafsu masih belum di didik sepenuhnya. Sibuk mengemas pinggan dan mangkuk selepas berbuka, juga tanpa bebelan dari mulut yang manis. Hanya senyuman yang begitu lembut dari si isteri. Pun begitu , masih mampu untuk mempersiapkan suami untuk solat berjemaah.

Begitulah yang dilakukan setiap hari. tiada kata seindah senyuman. tiada manis seindah kelembutan. tiada ketenangan seindah bacaan Al-Quran..

Terima Kasih isteriku. Mudahan Allah memberkati diri mu.

Pendidikan jiwa di bulan ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Ramadhan mubarak. Ramadhan karim.....Sesungguhnya ramadhan tahun ini banyak mendidik diri ini untuk lebih menhargai setaip detik di bulan ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. terasa ingin diisi setiap masa dengan amalan ibadat kepada ALLAH S.W.T. Terasa diri ini terlalu rugi dengan ape yang telah dilalui sepanjang ramadhan yang lepas...

Begitu juga diri ini merasa ramadhan ini adalah yang terakhir untuk di nikmati...

Sesungguhnya bulan yang begitu mulia, penghulu segala bulan. Mudahan diri ini dapat mengubat hati yang sudah menjadi keras, hitam dek kerana kedegilan and keingkaran mengikuti perintah ALLAH. Mudahan ALLAH mengasihani diri ini. Tidak mampu untuk mengharapkan syurga mahupun pahala yang boleh menyelamatkan diri ini daripada neraka, hanyalah belas kasihan dari ALLAH, ehsan dari ALLAH yang sentiasa di harapkan untuk diri yang begitu hina ini....Amin.